Saturday 27 October 2012

Cara Nak Hilangkan Jerawat




Jerawat sememangnya masalah yang kerap berlaku dan sememangnya boleh menimbulkan rasa rimas, malu dan rendah diri bagi yang mengalaminya. Adalah mudah untuk menganggap bahawa masalah jerawat sukar dikawal dan dirawati.

Tahukah anda masalah jerawat biasa boleh diatasi dan dihilangkan secara semulajadi? Kadangkala tubuh badan anda hanya perlukan pengambilan nutrisi seimbang dan penjagaan kulit yang sempurna. Berikut disenaraikan cara mudah menghilangkan jerawat secara semulajadi. Dalam kebanyakan kes, kesan boleh dilihat seawal 4 minggu

Gunakan masker madu pada muka sekali atau dua kali seminggu
Madu mengandungi bahan anti-bakteria yang sesuai untuk menyembuhkan kulit. Malah ianya tidak mendatangkan kesan mudarat kepada pemilik kulit sensitif

Basuh muka dua kali sehari dengan sabun jerawat
Anda perlu membasuh muka anda dengan sabun berasaskan sulfur yang sesuai untuk rawatan jerawat. Basuh sekali ketika bangun tidur di waktu pagi dan sekali lagi sebelum masuk tidur di waktu malam. Pastikan anda membasuh muka anda dengan berhat-hati dan lembut, jangan sesekali menekan/genyeh atay menggunakan kain yang kasar untuk membasuh muka anda. Basuhan secara kasar sebaliknya boleh menyebabkan jerawat semakin merebak.

Jauhkan rambut anda dari muka
Jika anda mempunyai rambut yang panjang, pastikan ianya tidak menutupi bahagian muka dan sentiasa terikat ke belakang. Ini adalah kerana rambut mengandungi minyak dan boleh membantu menambah kepada masalah jerawat. Selalulah basuh rambut anda setiap hari dan selepas melakukan aktivit lasak seperti bersenam

Ambil multivitamin
Jerawat merupakan penanda bahawa ada sesuatu yang kurang dalam nutrisi badan anda. Ini adalah kerana kulit bergantung kepada nutrisi. Jika kulit tidak mendapat nutrisi secukupnya, ia menyumbang kepada berlakunya masalah kulit seperti jerawat, ruam, bintik hitam di samping melemahkan kemampuannya untuk menentang bakteria.

Makan lobak/minum jus lobak untuk vitamin A
Vitamin A berfungsi menguatkan tisu kulit dan menghalang jerawat. Ia berupaya mengurangkan penghasilan sebum kulit berlebihan yang menjadi salah satu punca jerawat. Vitamin A turut berfungsi merawat dan menyelenggara tisu kulit di samping mengeluarkan toksin dari tubuh badan. Vitamin A boleh didapati daripada lobak merah

Elakkan dari memakai alat solek
Bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat, elakkan dari memakai alat solek. Ini adalah kerana produk solekan boleh menyumbang ke arah lebih banyak jerawat dan bintik hitam. Jika masih perlu memakai alat solek, cari yang berasaskan air.

Jangan picit jerawat dan bintik hitam
Biarpun geram, jangan picit, garu, gosok ataupun sentuh jerawat dan bintik hitam di muka anda. Tindakan ini boleh menambah penghasilan sebum. Malah dengan memicit jerawat, anda sebenarnya merosakkan membran di bawah kulit anda, menyebabkan berlaku jangkitan dan menyebarkan sebum dalam jumlah yang banyak. Lebih banyak jerawat akan timbul!

Basuh sarung bantal anda secara kerap
Anda meletakkan muka anda kepada bantal setiap kali anda tidur. Sarung bantal anda akan menyerap minyak dari muka anda. Ditambah dengan daki dan kotoran, minyak ini akan kembali ke muka anda seterusnya menyebabkan jerawat semakin merebak. Basuh sarung bantal anda secara kerap


Hilangkan Jerawat Dengan Tomato
Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.




Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…






Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.






No comments:

Post a Comment