Sunday 25 November 2012

Apabila Editor Bahagian Sukan Akhbar Tempatan Tak Buat Kerja


Cepat betul ubah muka

Naharoms......semua nama dan muka tak berpadanan.  Beckham dengan Henry pun tak boleh bezakan ke? God damn! Edison Cavani tetiba jadi seorang Afrika!


Potret Penumpang Keretapi Jepun Yang Tersepit


Sepit sepit...

Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kami yakin anda pernah melihat gambar penumpang keretapi Jepun yang dipadatkan kedalam gerabak oleh penjaga platform bagi membenarkan pintu gerabak ditutup. Michael Wolf, seorang jurugambar dari Jerman mengambil gambar-gambar di bawah untuk siri foto beliau yang diberia nama Tokyo Compression.

Adakah anda sanggup menaiki keretapi jika setiap hari anda harus berhimpit seperti warga Tokyo? Kami yakin ramai Malaysian tak sanggup kerana hidung tinggi. Terlalu sombong dengan kereta sub standard yang diberi pada harga 200% lebih mahal dari biasa! 


p/s : Ouucchh .. 

IMACDOW 8 : Pc Windows 8 Berupa Imac


China win!

China memang power dalam menghasilkan produk tiruan. Sejak dua menjak ini mereka mampu menghasilkan produk hibrid.  Tahun lalu ada kami paparkan Goophone, sebuah peranti Android yang mempunyai rupabentuk fizikal sebuah iPhone 4. Hari ini mari kita lihat Lavi S21i , sebuah ImacDows 8 dari China. Ia kelihatan seperti sebuah iMac tetapi menggunakan sistem operasi Windows 8. Lavi S21i mempunyai skrin 21 inci beresolusi HD Penuh, 4GB RAM, HDD 500 GB, SSD 128 GB dan polihan pemproses i3 ataupun i5. Berbeza dengan iMac sebenar, Lavi S21i adalah sedikit tebal Secara ikhlas ianya masih nampak quite ok. Kalau nak jadikan komputer melayar web ok je kot. 

Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat



Pengakuan Tentara : "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.

Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan....

TV Pendidikan Israel Ajar Kanak-Kanak Israel Benci Islam


Pada tahun 1996, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 pernah menyiarkan rancangan TV Pendidikan dimana guru mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, lirik lagunya adalah:

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Ya, itulah yang tertulis pada subtitle rancangan tersebut.


Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.



Gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan.


Gambar di atas ini pula kanak-kanak palestin yang terpaksa dilatih menjadi pejuang tanahair sejak kecil.

Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.


10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran


1. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


p/s : tgk bertapa susahnyer nak melahirkan anak .. so , hormatilah ibu .. :)

Labah-Labah Paling Gembira Di Dunia


Gambar labah-labah dengan 'happy face' yang menjadi sensasi di internet ini diambil olehDarlyne Murawski, photographer daripada Massachusetts.

Labah-labah ini dijumpai di hutan hujan yang terdapat di Pulau Hawaii dan ianya sebesar beberapa milimeter sahaja. Sangat sesuai dengan penampilannya yang gembira, labah-labah ini tidak berbahaya kepada manusia.






Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima


Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. 

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah. 

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. 

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.

Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.

Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.

Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.

Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.

Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.


Kereta Mewah Bugatti Veyron Ini Hanya Mampu Gerak 60km/j Di Vietnam


Kereta Mewah Bugatti Veyron Ini Hanya Mampu Gerak 60km/j Di Vietnam.
Ini adalah satu-satunya kereta mewah jenis Bugatti Veyron di Vietnam. Kereta ini adalah kereta terpantas di dunia yang telah disahkan oleh dunia permotoran dan boleh dibawah sehingga mencecah kelajuan 431 km/j tanpa kena saman. Tetapi malangnya kereta milik Pham Tran Nhat Minh, seorang penolong pengurus di Long Thanh Plastic company limited hanya mampu dibawa sehingga 60km/j bukan kerana takut disaman tetapi kerana kesesakan serta saiz jalan yang kurang sesuai untuk kereta ini. Jadi apakah gunanya untuk membeli kereta mewah sebegini di kawasan tersebut.











"Lonesome George", Kura-Kura Gergasi Terakhir Ditemui Mati


Lonesome George, seekor kura-kura bersaiz gergasi dari Pulau Pinta dan terakhir dalam spesiesnya telah ditemui mati di Taman Negara Galapagos yang terletak di Kepulauan Galapagos, Santa Cruz..Haiwan tersebut pertama kali ditemui di Pulau Pinta pada bulan Disember 1972..Haiwan berkenaan telah dinamakan bersempena memberi penghormatan kepada pelakon Amerika Syarikat, George Gobel.



Haiwan ini juga pernah ditempatkan di beberapa tempat lain sebelum diletakkan di bawah penjagaan Stesen Penyelidikan Charles Darwin di Kepulauan Galapagos.


Selama beberapa dekad ini, pelbagai jenis kura-kura dari Galapagos telah disediakan untuk Lonesome George mengawan tetapi gagal dalam menjaga kemandirian spesies kura-kura tersebut. Pernah sekali, seekor kura-kura berjaya bertelur namun semua nya sia-sia kerana telur tersebut didapati tidak subur.


Lonesome George dikatakan mempunyai berat sebanyak 88 kilogram dan panjang sehingga 180 sentimeter. Walaupun umur kura-kura tersebut dikatakan mencapai 100 tahun, ia tidak lah terlalu tua kerana kura-kura tersebut mampu mencapai had umur sehingga 200 tahun.


Kematian kura-kura tersebut mungkin disebabkan oleh sakit jantung yang kerap dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mencari punca sebenar.


Kura-kura bersaiz gergasi ini dianggarkan mampu mencecah berat sehingga 400 kilogram dan mempunyai panjang sehingga 1.8 meter. Spesies seperti Lonesome George ini dikatakan telah pupus di Kepualauan Galapagos lebih kurang 150 tahun yang lalu. Hal ini kerana kegiatan para nelayan yang sering menangkap haiwan ini untuk dijadikan makanan. Nelayan juga menggelarkan haiwan ini sebagai "tin hidup" kerana mampu bertahan dalam suatu tempoh yang sangat lama tanpa makanan dan minuman.





p/s : Kesian admin tgk kura2 nie .. tpi nak watcamne , dh ajal die kan .

Anjing Didera Dijumpai Dengan Lidah Membengkak Teruk

Seekor anjing yang diberi nama Hope telah dijumpai di Texas dengan keadaan yang sungguh memilukan. Mulutnya telah dilekatkan dengan pita pelekat wayar elektrik dan menyebabkan lidahnya yang terkeluar membengkak teruk. Menurut veterinar, lidah anjing tersebut telah tersepit selama lebih 24 jam dan ianya harus dibuang untuk menyelamatkan nyawa anjing tersebut.


Kanak-Kanak Menjaga Ibunya Yang Lumpuh Di China


Bersyukurlah dengan kesenangan hidup yang kita nikmati sekarang. Tapi bukan semua orang bernasib baik macam kita. Contohilah budak lelaki di China ni yang menjaga ibunya yang lumpuh. Budak lelaki ni setiap hari memasak, merawat, membuat kerja rumah dan menjaga ibunya yang lumpuh seorang diri. Memang sungguh tabah.

#This is chinese! If malay mesti berhenti dari sekolah. Tapi dia, dua2 dia jaga. Salute!





Budak Dilahirkan Tanpa Kelenjar Peluh


Sekali imbas, budak lelaki ini kelihatan biasa sahaja seperti kanak-kanak normal yang lain. Hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu penderitaannya. Sedang kanak-kanak seusia dengannya seronok bermain di luar, Fred James hanya terperuk di rumah sahaja.


Bukan kerana emaknya terlalu garang atau tidak membenarkan dia bercampur gaul dengan kanak-kanak yang lain, tetapi disebabkan penyakit ganjil yang dihidapi oleh Fred James sejak dia lahir lagi. Fred James dilahirkan tanpa kelenjar peluh dan dia tidak boleh berpeluh. 


Dia tidak boleh hidup dalam cuaca panas kerana ini akan mengancam nyawanya. Oleh itu, Fred James hanya boleh tinggal ditempat berhawa dingin sahaja. Kalau dia mahu berjalan ke luar, ibunya kena membawa ais untuk memastikan Fred James sentiasa sejuk.






Thursday 22 November 2012

Friday 16 November 2012

Sejarah G-Shock


Semasa bersekolah jam tangan yang paling legendary ialahCasio G-Shock. Semua orang yang merasakan diri mereka cool beans akan memakai jam tangan tahan lasak ini ke sekolah. Jam tangan ini sangatlah tahan lasak sehingga ada student yang menggunakannya untuk menjadi buku lima bila bergaduh diluar sekolah. Tidak seperti belat buckle besi besar gedabak, G-Shock tidak pernah diharamkan dan ianya menjadi senjata impromptu kegemaran budak pailang.




Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.


Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough".


Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TENyang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun

Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991


G-Shock menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elitDelta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven. BAD ASS!